Hiking Bukit Sapu Tangan
Setelah hampir 4 bulan tak hiking, so harini kita Dhia start hiking semula. Last Dhia hiking awal bulan 3 haritu dekat Bukit Kutu di KKB. So seminggu selepas tu dah start PKP fasa 1, jadi xboleh nak hiking.
Dah start semula nak hiking ni, so kita pilih lah bukit yang rendah-rendah dulu ye.
So Dhia decide nak start hiking dekat Bukit Sapu Tangan. Ketinggian 204 meter sahaja..
Plan nya nak gerak pukul 7pagi so sampai sana 7.30pagi. Last-last gerak pukul 8pagi sampai sana dah 8.30pagi hehhhe.
So pagi ni nak ke Bukit Sapu Tangan Dhia masuk melalui Taman Botani Negara Shah Alam. Ala yang kena bayar RM3.00 tu. If korang nak masuk dari Setia Alam Community Trail pon boleh jugak tapi agak jauh perjalanannya nak sampai ke Puncak Sapu Tangan.
TIKET MASUK TBNSA |
Kebetulan dah sampai sini hujan turun lebat. So Dhia dengan member ambil payung kat kereta.
9.30pagi - Bermulalah pagi ni hiking ditemani hujan. Trek tar so takpe la kan hehee..
Dah jalan hampir 1.5km kami dah jumpa signboard menuju ke Bukit Sapu Tangan.
SIGNBOARD MENUJU KE BUKIT SAPU TANGAN |
Okay ada lagi 1.8km nak sampai ke Puncak Menara Bukit Sapu Tangan.Hujan pon dah mula berhenti. Terlihat beberapa orang dah mula menuruni.Sepanjang menuju naik ke Bukit Sapu Tangan ni memang teserempak dengan orang yang turun saje.. Mungkin kami antara orang yang lambat naik hahaha..Setengah jam kemudian sampai la kami ke puncak..
Ada Menara Sapu Tangan. Tapi sekarang dah tak boleh naik sebab tangga dah tak ada. Tak dapat lah nak tengok view Shah Alam..
MENARA SAPU TANGAN |
CIK DHIA TUMPANG BERGAMBAR SAT NAA.. |
KETINGGIAN BUKIT SAPU TANGAN |
Masa sampai dekat puncak dalam pukul 10.30pagi masih ramai lagi orang. Ada juga yang berkelah menjamu makanan setelah penat hiking.
Masa nak turun, ada uncle n the geng ajak ke Mirror Lake. Tapi tak dapat nak join sebab kawan jari kaki dia dah melecet. Tak apalah lain kali boleh repid lagi ke Mirror Lake pula..
So korang yang baru berjinak-jinak dengan dunia hiking ataupun nak buat aktiviti keluar peluh boleh lah try daki Bukit Sapu Tangan nii.
~~SEKIAN~~
Ulasan
Catat Ulasan